Thursday 27 August 2009

Koi terteke part 2...

Sebenonyer malaeh koi nok bangkitkan dan sebut perkare ni. Yela sebabnye koi rase sume pelajor2 linguistik ni doh beso panjang, pastu pulok sume bijok2 pulok 2. Tp koi pikir2 balik kalu koi tok ckp dan tok kabo mende ni koi rase bersaloh la puloknyer. Perkara yang mbuatkan koi terteke ialah, terdapat segelintir pelajor perempuan yang berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM memakai pakaian yang bapok ketatnyer.
Koi bukannyer ape wehhh, dalam kelas 2 bukan sume pelajor pompuan. Pastu pulok pelajor lelakinyer pulok bukan la WAROK DAN ALIM sangat (termasuklah yang menulis ni). Sekuat2 iman org jante ni kalu die mnengok ke org tine mesti akan jatuh merudum2 iman die 2. Bapok wali pun kalu doh nampok org tine pakai ketat gitu reboh, nikan pulok kami yg imannyer setipis kulit bawang dan agok suam2 kuku ni.
Mesti akan ade dr kalangan wanita2 linguistik thn 3 ni yang akan ckp "eleh doh tau dose tgk juge"... Ha di sini koi nok ckp, doh awok sume pakei baju ketat2 pastu dok lalu lalang depan kami pelajor lelaki ni ape cite? Bukan kami pelajor lelaki ni yang nok beriye2 menengok ke awok tu, tokkan mate kami ni nok kene tutup rapat? kalu idung dgn mulut nok tutup rapat bole kire juge, tp ni mate mane leh tutup ye dok? Bok kate pepatoh mane ade "buaye menolok bangkei?". Pastu pulok bile kene r***l nok salohkan para lelaki pulok!!!!!???????
Kalu xnok basoh jgn la terjun dlm sungei, doh tau ade air nok terjun juge pastu gaduh basoh pulok. Tu koi ckp sbg perumpamaan la, yela doh x nok kene yg xelok pakei la yg munasaboh sikit. Bile doh terjadi ape2 yg xmolek awok org perempuan nok salohkan org jante pulok,2 la maksudnyer. Saloh awok la sape suroh pakei camtu? Kami org jante ni terseksa jiwe dan rage melihat "pemandangan" yg x sepatutnye... kamu org perempuan jgn la memakei pakaian yg boleh menggongcang hati2 kami org lelaki ni.
Tp ade juge yg koi tgk semakin menjadi solehah dan thiqah (boleh dipercayai), yang masih kekei dgn imej perempuan MELAYU ISLAMnyer... Syabbas kepada yg berjaye mengharungi dugaan ini. Kepada yang terasa dirinya yg koi maksudkan kembalilah kpd islam sepenuhnye, walaupun kite ni pelajor linguistik, tu bkn la alasan utk kite tok beramal dgn tuntutan islam. Koi tegur ni bukan nok menyatekan diri koi ni BAGUS, ALIM, WAROK ect... tp koi menegur atas dasar tuntutan sesame islam. Nabi kabo doh,"mukmin itu ibarat satu tubuh, apb satu anggota merase sakit maka akan sakit seluruh tubuh". Bace la entry koi ni dgn hati yang terbuka dan berfikirlah sejenok. Lihatlah kata2 Allah dlm Quran, Berfirman Allah dalam surah al-nur ayat 31 yang bermaksud: " katakanlah kpd wanita yg beriman:" hendoklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan jgnlah mereka menampokkan perhiasan mereka kecuali yg biasa nampok padanya. dan hendoklah mereka melabuhkan kain tudung mereka sehingga bawoh dadanya( baca hingga habis)...," .
Kepada sape2 yg maroh pada koi bermakne mereka ingkar pd suruhan Allah, kan Allah yg suruh kabo "katakanlah"... jadi bermakna koi wajib tegur dan menyampaikan ok? dan kalu bg sesiape yg menolok dr Al-Quran walaupun 1 huruf Nabi bgtau org itu adalah KAFIR...
Kepada yg meluat dan benci membaca tulisan koi ni, jgn maroh koi ok, sbg hamba koi hanya mengikut suruhan Tuannya(Allah). Nilah kali pertama koi menulis dgn "SETERANG" ini. Demi Allah yg jiwa dan zat koi berada dalam genggamanNya tidoklah sekali2 koi menulis dgn rasa maroh insan2 yang koi maksudkan di atas tu, wallahhi demi kasih sesama islam membuatkan koi menulis entry ni. Nabi bersabda maksudnya:" berkatalah benar walaupun pahit". Mudoh2han ini Allah akan memberikan kite rahmat dan petunjukNya. Rebutlah peluang di bulan mulia ni utk kite mendekatkan diri kpd Allah.
'Ilal liqaq ma'al salamah...

Koi terteke...

Adoi esok nok kene jumpe dgn Cik Kesten la puloknyer. Ngapelah keje banyok beno ni? tok daye koi nok mbuatnyer. Bertimpa2 keje yg dibagi dek pensyarah, tokde nok siap se keje dtg doh keje lain. Serabut dgn tesis lg, adoiii gone la koi nok mbuat ni...
Ermmm lantok la....

Monday 17 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN

RAMADHAN AL-MUBARAK 1430 HIJRAH

dan

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA



Bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan ini memberikan ruang kepada kita untuk berbuat kebaikan, mendapatkan keberkatan, mengerjakan ibadah dan mentaati perintah Allah. Ia adalah bulan kebesaran, musim kemulian dimana kebaikan akan dibalas berganda dan segala perbuatan jahat menjadi lebih keji berbanding bulan lain. Inilah masa yang sesuai untuk kita mentazkiyah diri iaitu menyucikan hati dari sifat-sifat yang mazmumah, sifat yang tercela kepada sifat yang mahmudah terpuji melalui ibadat-ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan yang Mulia ini, dengan berpuasa, bersedekah, meningkatkan amalan sunat, menghidupkan malamnya dan sebagainya. kerana itulah ibadah di dalam Islam itu sendiri merupakan elemen di dalam mentazkiyyah diri sesuai berdasarkan Sunnah.... khabar gembira kepada hamba-hamba ALLAH di dalam bulan Ramadhan diampunkan dari dosa-dosa, diperkenankan doa kepada sesiapa sahaja yang meminta-Nya, dijauhkan dari Api Neraka, digolongkan dikalangan Siddiqin dan para Syuhada'.... BERgembiralah....................wahai Hamba yang beriman

Saturday 15 August 2009

Hilangnya nilai agama dalam diri pemuda Islam


Oleh: Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz


Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah penyebab penyimpangan dan larinya kebanyakan generasi muda dari nilai-nilai agama ?


Jawapan Syeikh:


Penyimpangan dan larinya kebanyakan generasi muda dari segala yang berkaitan dengan nilai-nilai agama seperti yang anda sebutkan disebabkan oleh banyak perkara:


Yang paling utama adalah kurangnya ilmu dan jahilnya mereka terhadap hakikat Islam dan keindahannya, tidak ada perhatian terhadap Al-Quran Al-Karim, kurangnya pendidik (murabbi) yang memiliki ilmu dan kemampuan untuk menjelaskan hakikat Islam kepada generasi muda, menjelaskan segala tujuan dan kebaikannya secara terperinci yang bakal didapatkan di dunia dan akhirat.


Ada beberapa penyebab yang lain, seperti lingkungan media massa, kesan dari melancong keluar negeri, dan bergabung dengan orang asing yang memiliki aqidah yang batil, akhlak yang menyimpang, dan kejahilan yang berlipat kali ganda, dan faktor-faktor lainnya yang menyebabkan mereka lari dari Islam dan mendorong mereka dalam mengingkari agama Islam.


Dalam keadaan ini, banyak generasi muda yang terjebak, hati mereka kosong dari ilmu-ilmu yang bermanfaat dan aqidah yang benar, datangnya keraguan, syubhat, propaganda-propaganda menyesatkan dan syahwat-syahwat yang menggiurkan. Akibat dari semua perkara-perkara yang disebutkan berupa penyimpangan dan larinya kebanyakan pemuda dari semua perkara yang mengandungi nilai-nilai Islam. Alangkah indahnya ungkapan dalam pengertian ini. Hawa nafsu datang kepadaku, sebelum aku mengenalinya. Maka ia berjaya mendapatkan hati yang kosong, lalu menetap (di dalamnya). Dan yang lebih benar dan lebih indah dari ungkapan itu adalah


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ertinya : Terangkan kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya (tuhan yang disembah). Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya ? Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu [Al-Furqan : 43-44]


Menurut keyakinan saya, rawatannya pelbagai menurut jenis penyakitnya, yang paling penting adalah memberikan perhatian terhadap Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyah, ditambah lagi adanya guru, pembimbing dan manhaj yang shalih, melakukan reformasi perubahan terhadap pelbagai bidang di Negara-negara Islam, membetulkan akhlak yang tidak Islami, dan berbagai-bagai pengingkaran dan kerusakan yang ada padanya, apabila para pelaksananya adalah orang-orang yang jujur dan amanah dalam dakwah Islam, dan memiliki keinginan untuk membetulkan rakyat dan generasi muda kepadanya.


Di antaranya adalah mengutamakan pembersihan bi'ah (environment) dan membersihkannya dari pelbagai perkara negatif yang ada padanya. Termasuk cara rawatannya juga adalah larangan melancong ke luar negeri kecuali karena terpaksa. Dan perhatian terhadap organisasi-organisai Islam yang bersih, serta terarah melalui perantara informasi, para guru, dai dan para khatib.


Aku memohon kepada Allah agar memberikan nikmat atas hal itu, membimbing para pemimpin umat Islam, memberikan taufiq kepada mereka untuk memahami dan berpegang dengan agama, dan melawan sesuatu yang menyalahinya dengan jujur, ikhlas, usaha yang berkesinambungan (berterusan). Sesungguhnya Dia Maha Mendengar serta Dekat.


[Majmuatu Fatawa wa Maqalat Mutanawwiah, Jilid V hal, 253-256. Syaikh Ibn Baz][Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syariyyah Fi Al-Masail Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-3, Darul Haq]


dipetik dan diedit dari laman web http://www.almanhaj.or.id

Friday 14 August 2009

Biar Kita Miskin Harta Dan Kuasa, Tapi Jangan Kita Miskin Jiwa


Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan.

Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia.

Teruskan membaca..>>

by Dr MAZA

Wednesday 12 August 2009

Doa H1N1 Yang Syirik


Assalamualaikum wbt.


Saya ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian tentang doa yang mengandungi unsur-unsur syirik yang dikatakan sesuai dibaca waktu H1N1.

Saya menasihatkat kepada mereka yang telah terlanjur memforwardkan doa ini untuk menghantar posting ini kepada orang-orang yang telah diforward doa yang boleh membawa kepada syirik tersebut.

Doa tersebut ialah ini:

http://al-fikrah.net/web_data/uploads/doa-h1n1-syiah-ke.png

Doa tersebut selah-olah menyatakan bahawa kerana lima orang ini -Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali Radiallahu 'Anhu, Fatimah Radiallhu 'anha, serta Hasan dan Husain- maka Allah memadamkan kepanasan penyakit berjangkit.

Kenyataan ini adalah penipuan ke atas nama Allah. Jika benar Allah menghilangkan kesan penyakit berjangkit kerana lima insan mulia ini:

a) Sila datangkan dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tentang hal ini.

b) Pereka doa ini, serta penyebarnya telah menipu menggunakan nama Allah. Ini kerana tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang mana Allah menyatakan Ia akan mengurangkan penyakit berjangkit kerana lima insan ini.

c) Bercakap tentang Allah Tabaraka Wa Taala tanpa dalil adalah satu pembohongan dan pendustaan. Apakah tok shaikh yang mereka doa ini menyangka beliau adalah Rasul yang menerima wahyu, lalu Allah memberitahu beliau?

Nasihat saya: Sebarkan posting di atas demi memurnikan akidah umat Islam daripada dinodai kesesatan dan penyelewengan akidah. Sesungguhnya dosa apakah yang lebih besar daripada syirik dan bercakap tentang Allah tanpa bersandarkan dalil?

Bertaubatlah kita semua seandainya kita telah mem forward doa yang merosakkan akidah ini.

Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wassalam telah mengajar banyak doa untuk kita.

Antara doa yang sesuai dibaca ialah:

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

- Zikir/doa ini termasuk dalam Zikir Pagi dan Petang. Rujuk: Zikir Pagi & Petang

Pertemuan Bersama Penyeliaku yang Cun dan Baik Hati.

Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah tuhan semesta alam. Hmmm sebenarnya aku tak ada apa-apa pun untuk disampaikan, cuma aku hanya nak menceritakan sikit pasal perjumpaan dengan cik Kesten. Semalam aku tunjuk permasalahan kajian dan objektif berkenaan dengan latihan ilmiah (LI) aku. Sukacita permasalahan kajian dan objektif kajian tu cik Kesten terima. Aku kaji tentang laras Kromo dan Ngoko dalam bahasa Jawa. Aku pilih topik ni sebenarnya sebab aku minat mengkaji penggunaan/pemilihan laras dalam bahasa Jawa ni. Yela kalau antum nak tau, orang Jawa ni sebenarnya menunjukkan penghormatan mereka kepada orang lain dengan pemilihan laras bahasa.
Lazimnya mereka yang lebih tua akan yang diajak berbual oleh orang yang lebih muda dengan menggunakan laras kromo. Sekiranya mereka yang muda menggunakan laras ngoko, maka mereka automatik akan dianggap tidak sopan atau dalam erti kata lainnya kurang hajor. Keunikan yang terdapat dalam bahasa jawa ni la yang membuatkan aku nak mengkaji bahasa ni.
aku bagi contoh kat antum semua la.
Mari kita lihat perbezaan kosa kata Jawa ni mengikut laras kromo dan ngoko.
Ayat bahasa Melayu:
" eh kau dah makan ke belum?"
Ayat bahasa Jawa laras ngoko:
"eh kowe opo wis mangan durung?"
Ayat bahasa Jawa laras kromo:
"eh sampean nopo empun nedhi dereng?"
Cuba antum tengok kosakata dia totally berbeza kan? Sebab perbezaan yang ketara ni la menyebabkan ada sesetangah pihak mendakwa antara bahasa yang tertua di dunia ialah bahasa Jawa kerana untuk membina kelainan setiap patah perkataan semasa berkomunikasi tentulah memerlukan suatu tempoh masa yang sangat panjang dan lama. Inikan pula bahasa Jawa ini mempunyai tujuh tingkat tutur yang berbeza.
Setakat ni masih belum ada lagi buku berkenaan dengan penggunaan bahasa Jawa yang ditulis penulis tempatan. Atas dasar kelompangan inilah aku mengambil inisiatif untuk mengkaji bahasa Jawa ni. "Bahasa jiwa bangsa"...

Friday 7 August 2009

Pesanan Badiuzzaman Said al-Nursi Kepada Para Pemuda

“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di Sana nanti…”


* p/s: Badiuzzaman Said al-Nursi merupakan salah seorang ulama terkemuka Turki

Kemandulan Minda- "Bahasa Melayu Tidak Ada Class"

Korang rasa kenapa aku cakap pasal kemandulan minda ni??? Sebabnya kita orang Melayu tak dapat nak cipta istilah sendiri dan berahi benar menggunapakai bahasa Inggeris dalam percakapan dan penulisan kita. Kalau dilihat sekarang ni memang banyak perkataan bahasa Mat Salleh ni dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. Memang la sangat tak patut kan...?
Agaknya pakar-pakar bahasa Melayu ni dah kehilangan kebolehan dan kepakaran. Dulu masa zaman persekolahan, aku masih ingat cikgu aku ajor, istilah bahasa Inggeris yang yang boleh dimelayukan hanyalah perkataan dan istilah yang tidak ada dalam bahasa Melayu. Tapi herannya banyak perkataan bahasa Inggeris yang ada dalam bahasa Melayu turut dimelayukan. Contohnya:
  • Bajet- dalam BM dah ada perkataan belanjawan tapi kenapa masih dimelayukan budget?
  • Konsultansi- dalam BM dah ada perkataan perundingan tapi kenapa masih dimelayukan perkataan consultancy?
  • Diskusi- dalam BM dah ada perkataan perbincangan tapi kenapa masih dimelayukan perkataan discussion?
  • Famili- dalam BM dah ada perkataan keluarga tapi kenapa masih dimelayukan family?

Pelik bin ajaib kan? Punyalah banyak perkataan dalam bahasa Melayu ni tapi kita masih nak gunapakai bahasa Inggeris tu. Apa kejadahnya ini???!!! Macam la kita ni terlalu berbangga dengan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu sampaikan yang ada perkataan Melayu pun kita masih nak guna bahasa Inggeris. Pastu pulak, takut dikatakan menggunakan bahasa rojak, kita Melayukan pulak perkataan tu. Pelik sungguh. Fikir-fikirkanlah...

Thursday 6 August 2009

Senjata Makan Tuan

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya merenungi sebuah hadis yang selalu dibaca dan diketahui oleh kebanyakan kita iaitu sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan teman duduk berbual yang baik dan yang buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi, sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati bau harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebelum disalahfahami, perlu dijelaskan Nabi s.a.w bukan bermaksud menghina tukang besi, tetapi sebagai contoh kesan keburukan yang mengenai seseorang yang berada di samping orang tertentu. Apatah lagi bukan sepatutnya ketika tukang besi sedang melakukan kerjanya seseorang pergi berada di sampingnya.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Nabi s.a.w adalah agar kita memilih teman berbincang, berbual, berpakat, bermesra atau berdampingan dalam kalangan mereka yang baik. Kesan kebaikan itu akan datang kepada diri kita. Dalam hidup ini, betapa banyak ilmu pengetahuan, pengalaman yang baik untuk kehidupan dan hikmah diperolehi ketika kita bersembang, bergurau, makan sehidang dan bekerja dengan seseorang yang berilmu, baik dan jujur.

Justeru itu berusaha untuk berdamping dengan ilmuwan, orang yang baik dan jujur demi mengutip mutiara-mutiara hikmah dan manfaat ilmu serta akhlak adalah merupakan usaha yang tinggi nilainya di sisi Islam dan dihitung sebagai ibadah. Orang yang baik itu bukan dilihat pada serbannya, atau jubahnya, atau bijian tasbih yang dibelinya, atau seumpamanya. Orang baik itu adalah insan yang mulia di sisi Allah.

Namun kemuliaan di sisi Allah tidak dapat untuk kita salami, cuma ada petanda dalam kehidupan. Seseorang yang jujur dengan agamanya, berdisiplin dengan prinsip-prinsip mulia dan menghayati akhlak yang baik dalam hidupnya dapatlah pada zahirnya dihitung sebagai orang baik atau soleh. Ini dapat kita rasai apabila kita berada di sampingnya.

Maka timbulnya perasaan untuk mendampingkan diri kepada Allah, bersemangat dalam perjuangan dan perancangan kebenaran, dan merasa janggal untuk menyalahi disiplin kebaikan merupakan antara kesan berada di samping mereka yang seperti ini. Setiap kali bangun meninggalkan majlisnya, atau perbualan dengannya kita akan terasa penambahan kebaikan, atau ilmu pengetahuan berguna, atau teladan yang baik, atau pemikiran untuk kebaikan umat, atau pengalaman yang membawa kita mampu mengharungi hidup dengan cara yang lebih baik dan Allah redha.

Jika kita berjumpa dengan orang yang seperti itu, sama ada dia rakan kita, atau teman pejabat, atau orang bawahan kita, atau jiran tetangga atau suami, atau isteri maka tidak rugilah untuk kita berusaha berdampingan dengannya. Tidak rugi untuk lama kita berbual. Tidak rugi untuk kita menemai perjalanannya, menjemputnya datang menjamah hidangan kita, menziarahinya dan apa sahaja yang membolehkan kita mendapat faedah daripada kelebihan yang dia miliki. Sehingga kadang-kala tanpa kita sedari cara fikir, cara bertindak, sikap serta kematangan hidup kita dibentuk olehnya secara tidak langsung. Betapa ramai insan yang mengubah cara fikir dan sikapnya hanya kerana teman baiknya.


- gambar hiasan

Sebab itulah dalam karya-karya hadis yang silam sering dimasukkan bab Mujalasah al-Salihin bermaksud bersampingan dengan orang soleh sebagai satu ibadah dan satu langkah penting dalam membentuk peribadi insan. Ada pula yang berkata, “saya mana ada ustaz yang nak berkawan dengan saya”. Saya katakan, Nabi s.a.w menyebut al-jalis al-salih ‘teman berdamping yang baik’, ia begitu umum. Siapa sahaja yang membawa kebaikan apabila kita duduk berdampingan dengannya maka dia termasuk dalam hadis ini. Bukan semestinya yang diberikan gelaran ‘ustaz’ itu mesti menjadi teman yang baik. Entah berapa ramai yang memakai gelaran itu tidak menjadi teman yang baik, sebaliknya betapa ramai yang tidak bergelar ustaz merupakan teman yang baik untuk dunia dan akhirat kita.

Maka carilah ditempat kerja kita, atau tempat tinggal kita, atau di mana sahaja orang yang baik untuk kita berada bersama ketika waktu rehat, waktu makan dan waktu bergembira. Saya lihat ramai rakan yang mempelajari solat musafir, menyapu stokin atau kasut, solat dalam kenderaan dan berbagai ilmu hanya kerana menyertai perjalanan bersama mereka yang berpengetahuan lalu memahami agama dan keluasannya yang mungkin tidak dibiasakan atau dihayati jika dia tidak bermusafir dengan mereka.


- gambar hiasan

Demikian sebaliknya. Jika teman berbual atau musafir atau bersahabat atau berpakat merupakan orang yang buruk akhlak, buruk bahasanya, buruk perangainya maka dia akan mempengaruhi seseorang. Melainkan jika dia sentiasa menasihatinya dan berusaha mengubahnya. Namun, dalam banyak keadaan jika teman itu selalu menguasai suasana dan kita membiarkannya, kita akan berkongsi dosa, atau berkongsi nama buruk, lebih buruk lagi akan terkesan dengan akhlak yang buruk.

Ada insan memang dahsyat mulutnya, pantang kita berbual dengannya ada sahaja orang yang dimaki hamunnya, dicerca dan dihina, bahkan kadang-kala dia mencarut-marut terhadap orang lain. Jika hal itu berlaku sekali-sekala, mungkinlah boleh dianggap sebagai terlanjur dan kesilapan lantas kita sering ingat mengingati. Namun jika itu menjadi kebiasaan, maka dia adalah teman yang buruk untuk kita bersamanya. Jika kita terus bersamanya, dosa pasti dikongsi, akhlak juga akan berubah.

Saya masih ingat ada seorang pemuda yang berbudi bahasa, namun apabila dia terpengaruh dengan rakan-rakan politiknya, budi bahasanya hilang dan maki-hamun menjadi ringan di lidahnya. Saya kata kepadanya, sesungguhnya pertunjukan artis yang saudara dan kumpulan saudara sering bantah itu, tidak lebih buruk daripada rakan dan ceramah maki-hamun yang saudara sering hadir sehingga mungubah diri saudara. Saya tidak menolak perbezaan aliran politik dan keluasaan untuk mengkritik dasar-dasar politik, juga disiplin ahli politik, namun maki-hamun dan carut-marut tidak pernah ditunjukkan oleh Islam. Dia berkata kepada saya, Saiyyidina Umar pun tegas. Saya kata kepadanya, tegas bukan bererti maki dan carut. Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik r.a. katanya:: “Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”.

Kemudian, kita hendaklah sedar bahawa teman yang kita sering duduk dengannya ketika dia memaki hamun orang lain, tidak mustahil besok dia akan duduk dengan orang lain pula untuk memaki hamun kita. Jikalah setiap orang yang dia tidak bersetuju dimaki hamunnya, apalah mustahilnya apabila dia tidak bersetuju dengan kita, dia akan memaki hamun kita pula. Tiada nilai takwa, tiada nilai bimbangkan hari Akhirat.

Saya lihat ramai orang politik yang kawan-kawannya yang dulu ‘sakan’ memaki musuh politik mereka, hari ini apabila berpaling tadah memaki mereka pula. Itulah bahaya berkawan dengan orang jahat. Hal ini berlaku bukan sedikit dalam UMNO juga dalam PAS baru-baru ini pun sama. Apabila berlaku persaingan jawatan, tuduh-menuduh, kutuk mengutuk dan cerca mencerca dihalakan kepada rakan sendiri sama seperti mereka maki dan kutuk musuh politik mereka yang lain. Mungkin di peringkat tertinggi setiap parti tidak berlaku, tetapi ‘anak buah’, ‘penyokong setia’ dan ‘jentera melobi’ yang sudah lama terdidik, atau mendapat tarbiyyah tidak rasmi memaki orang, dengan petah dan lancarnya memaki sahabat dan rakan separti sendiri. Saya ditunjukkan laman web parti-parti berkenaan yang anak-anak buah mereka memaki hamun pemimpin sendiri. Itulah training yang mereka dapat selama ini.

Ada pemimpin mereka yang mengeluh kerana dituduh oleh ahli parti sendiri. Dalam isu kerajaan perpaduan, ada yang dituduh ‘gila kuasa’, ‘gila nak jadi menteri’, ‘nyanyuk’, ‘nak mampus’ dan berbagai lagi yang jika dibaca di forum-forum internet mereka tidak tergamak hendak disebutkan. Apa hendak dikatakan? Sudah sekian itu berjalan dalam dunia politik kita.

Ya, tidak menjadi masalah berbeza pendapat, bertegas, membantah kesalahan tetapi mengapa mesti memaki orang. Belajarlah untuk hidup sebagai pengkritik yang bernas, bukan pemaki yang tiada nas. Didik anak buah dan rakan kita untuk tidak memaki dan menggunakan bahasa yang hodoh dan keji terhadap orang lain, tetapi mengkritik secara membina dan berwibawa. Ada yang bersungut panjang apabila dia dimaki hamun oleh ahli partinya dalam ucapan, internet dan sms. Saya katakan, itulah senjata selama ini yang anda gunakan, atau biar digunakan oleh pengikut untuk menikam orang lain, maka akan sampai masanya ‘senjata makan tuan’.

Bacalah doa ini buat menghadapi H1N1

H1N1 menyerang?

Bacalah doa ini

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim, boleh download di http://intisonline.com

p/s: Tadi di dalam khutbah Shaikh AbdurRazak as-Sa'di menyeru agar jemaah membaca doa ini bagi menghadapi musibah H1N1 yang semakin ganas.

Celoteh Orang Yang Bosan

Hari ni aku letih semacam la weh. Tak tau la kenapa badan aku ni penat sgt, mungkin aku berpuasa kot hari ni. Dah tu tadi aku kena bentangkan permasalahan kajian dan objektif kajian kat depan Pn. Harishon(PH). Nampaknya takda yang teruk sangat dgn pembentangan aku tadi. Cumanya objektif aku tu kena tambah jadi tiga objektif la, tapi aku suka cara Pn. Harishon mengajar, cukup tenang dan pandai mengambil hati pelajar-pelajar dia. Pada aku cara PH menunjukkan dia seorang yang profesional.
Diam tak diam dah malam ni dah masuk malam ke 16 Syaaban, terasa seperti baru semalam berakhirnya Rejab. Kesibukan dengan urusan dunia telah meembuatkan aku menjadi seorang yang pelupa terhadap hari-hari kebesaran Islam. Begitu cepat masa berlalu sehingga kita dah hampir memasuki ambang Ramadan Al-Mubarak. Terasa seperti ingin Ramadan itu berlaku malam esok. Kecanduan aku untuk menghidupkan malam-malam Ramadan sangat berkobar-kobar. Ketagihan untuk mengemis di hadapan Robbul Jalil pada sepertiga malam cukup membuatkan aku tidak sabar menantikan Ramada yang penuh barakah. Mudah-mudahan allah memanjangkan umur aku supaya aku dapat bersimpuh di atas tikar sembahyang mengabdikan diri kepada Penciptaku. Insyaallah...
Muhasabah kita sebagai seorang Muslim semoga memberikan perhatian yang lebih terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam. Mudah-mudahan kita dapat menghayati dan melihat akan kebesaran Allah dan kekuasaanNya.

Tuesday 4 August 2009

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

IBRAH YUSUF MENDEPANI BIUSAN CINTA

Ko jangan banyak cakap. Ko tak kena lagi. Kalau ko kena penangan cinta ni, baru ko tahu!” tempelak Zack apabila menerima teguran Azim.

“Habis kamu nak tunggu mayat dalam kubur tegur kamu ke?” Azim menamatkan perbualan. Bosan.

Memang susah mahu bercakap dengan orang yang sedang asyik cinta. Fikirannya lumpuh dan seluruh dunia dituduhnya bodoh kerana tidak memahami apa yang sedang dialami.

“Cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!” rengek seekor buaya di kafe kampus di hadapan kekasih pujaannya.

Cakap mereka jadi tidak tentu hala. Nasihat sesiapa pun semuanya ditepis mudah. Mereka mabuk cinta. Mereka dibius cinta.

CINTA ZULAIKHA JADI IKTIBAR

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta. Ia bagai minyak petrol. Gunanya untuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat. Tetapi cinta itu mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru manusia sudah awal-awal lagi diberitahu, berhati-hati dengan cinta.

Tetapi manusia sering lupa.

Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.

Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya. Dibius cinta, adalah bencana yang menimpa wanita bergelar * Zulaikha.

s0120

Gambar hiasan

Dia mabuk cinta bukan dengan al-Aziz suaminya. Tetapi keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil. Anak angkatnya sendiri. Bernama Yusuf. Nabi Allah Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Keinginannya kepada Yusuf menyebabkan wanita itu sanggup untuk melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.

“Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak seorang perempuan mabuk cinta apabila ditegur rakannya.

Mungkin soalan ini jua yang berlegar di benak Zulaikha.

“Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang ramai.

Suaminya sudah memberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah…

12_29

“Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” [Yusuf 12: 29]

Bukankah ini nasihat yang sama kita ulang-ulangkan kepada rakan-rakan yang mabuk cinta? Bukan tidak jelas apa yang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan fikirannya.

Zulaikha lebih nekad.

Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan. Kamu yang tidak kena, tidak memahaminya.

ZULAIKHA DIBIUS CINTA

12_30

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Qad syaghafaha hubba!

Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.

Justeru Allah Subhanahu memberitahu kita, bahawa golongan yang seperti ini:

“…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Cinta yang bukan sekadar buta.

Cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.

Kesasatan itu menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf, bukan dirinya yang bersalah. Tetapi Yusuf dan rupa parasanya, serta panahan cinta itu yang menggilakannya. Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.

12_31

“Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [Yusuf 12: 31]

s0216

Gambar hiasan

Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari dari memandang Yusuf, malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Benar-benar dibius cinta. Justeru berhasillah perangkap Zulaikha. Bahawa memang selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui bahana cinta. “Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini” demikian hati isteri al-Aziz itu berdetik.

12_32“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” [Yusuf 12: 32]

SULITNYA MENYEDARKAN DIA

Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

12_33

“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?

NASIHAT BUAT SEMUA

Wahai saudara/i sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.

Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.

Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya. Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51.

Berhati-hatilah dalam permainan cinta.

Kalian tidak tahu apa yang menanti di hadapan sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

* Nama Zulaikha tidak mempunyai sandaran terhadap sumber al-Quran mahu pun Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Beliau hanya digelar sebagai isteri al-’Aziz (imra’ah al-’Aziz) Nama itu diguna pakai sekadar untuk memudahkan penceritaan. Harap maklum.

Monday 3 August 2009

Kerja Musuh Islam!


























EMPAT foto berikut telah dikirim oleh seorang sahabat. Ya, maksudnya tidak lain ialah memberitahu mengenai aktiviti musuh dalam usaha menyakiti hati muslim seterusnya membentuk pandangan hodoh wajah Islam. Anda kaget atau berasa apa?

Foto-foto itu hanya teknologi baru dilakukan oleh musuh Islam. Seperti dalam sejarah awalnya, para musuh Islam di Makkah tidak mampu menunjukkan kepalsuan dan kesalahan firman-firman Allah. Akhirnya mereka menuduh Muhammad Rasulullah s.a.w. sebagai ahli sihir atau orang gila. Jadi, sekarang pun mereka tidak mampu memberi dalil alquran itu palsu, sebaliknya membentuk cara lain untuk mencalar wajah Islam.

Musuh memang mahu menghancurkan Islam dari sudut mana pun. Foto-foto di atas sebagai salah satu contoh kerja-kerja jahat itu. Kita tidak patut menyalahkan mereka kerana memang itu janji kerja mereka terhadap Islam dan umatnya.

Mari kita lihat diri sendiri sebagai muslim. Apakah kehidupan yang kita lalui telah menyumbang kepada kebagusan Islam atau tidak memberi kesan apa-apa atau pula mirip kepada merosakkan Islam.

Semoga paparan ini mencabar kita untuk menjadi muslim yang lebih berguna kepada agama.







by Suparjo

Mengapa bayi Melayu dibuang? by Suparjo.blogspot


DALAM diskusi tidak formal dengan remaja-remaja prauniversiti memang menemukan beberapa pemikiran. Berbual dengan anak-anak muda keturunan Tionghua, Punjabi dan India dapat melihat budaya daripada sudut tradisional dan moden. Asalnya hanya isu percintaan, kemudian sejara jujur mengupas mengenai pergaulan dan seks.

Maka hasil wacana ini seperti berikut:

Pertama: Masyarakat Tionghua sedang mengalami perubahan budaya dan tanggapan mengenai kehidupan moden. Tidak semua sedia menerima pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan sebagai sah, tetapi ada keluarga yang sedia menerima anak lelakinya membawa teman wanitanya tidur bersama dalam rumah. Seperti rakan saya yang mengakui isterinya tidak melarang dia menonton video lucah asalkan dirinya tidak terlibat dalam seks di luar. Ada juga remaja lelaki Tionghua yang dibenarkan menonton video lucah di rumah.

Sekalipun banyak berpegang kepada tradisi tidak menerima seks di luar perkahwinan, namun masyarakat ini bertanggungjawab menerima ‘musibah’ seperti anak gadis yang hamil. Keluarga tidak mencemuh, membuat tekanan psikologi atau menghalau gadis ini, malah memberi bantuan termasuk memastikan kesihatannya terjamin.

Pegangan ini adalah antara sebab pembuangan bayi itu tidak ditemui daripada kalangan remaja Tionghua.

Kedua: Masyarakat Melayu juga sedang berubah, tidak kira di desa atau bandar. Yang kuat berpegang kepada nilai Islam dan adat pasti mengawal pergaulan anak-anak muda. Yang sedang menerima perubahan untuk kelihatan moden dan moderate, sedang merelakan anak-anak mereka bergaul agak bebas. Pakaian anak-anak gadis dan teruna mereka bagai tiada bedanya, dan percintaan mereka dalam pengetahuan orang tua.

Melayu yang dalam perubahan ini, sekalipun berlapang dada dalam hal pergaulan antara teruna dan gadis, namun tetap tidak menerima seks di luar perkahwinan. Pesanan orang tua golongan ini ialah: Berkawan saja, jangan buat kerja tak senonoh! Kerja tak senonoh ialah zina. Secara tidak langsung sikap ini menimbulkan konflik kepada anak-anak muda mereka yang mendapat ruang kebebasan. Misalnya si gadis dibenarkan berpeleseran dengan teman lelakinya sehingga jauh malam, dan ditakdir gadis hamil. ‘Hamil tanpa nikah’ merupakan episod sangat ngeri yang sedia difahami oleh anak-anak muda dan masyarakat Melayu sama ada mereka yang 'berlapang dada’ atau yang masih mengikat diri dengan nilai Islam.

Lantaran masyarakat Melayu mempunyai pandangan umum yang serupa mengenai kehamilan luar nikah menyebabkan gadis-gadis Melayu yang terlajak ini tidak menerima layanan baik seperti gadis-gadis Tionghua. Hal inilah yang menjadi punca kebanyakan bayi yang ‘dibuang’ adalah daripada keturunan Melayu.

Ketiga: Masyarakat Punjabi seperti juga masyarakat Melayu yang banyak berpegang kepada ajaran agama (Sikh) dan budaya asal. Oleh kerana populasinya kecil dan masyarakatnya lebih terurus oleh agama dan budaya, maka tidak kedengaran remaja-remaja mereka bertindak seperti remaja Melayu membuang bayi yang tidak diudang dalam hidup.

Kesimpulannya, masyarakat Melayu yang cuba moderate dalam menilai pergaulan antara lelaki dan perempuan sebenarnya tidak jujur. Mereka menerima budaya Barat dalam pergaulan bebas tetapi tidak terbuka dengan kehamilan gadis di luar nikah. Mereka patut jujur seperti masyarakat Tionghua yang membenarkan pergaulan bebas, dan apabila ada kesan daripada hal itu keluarganya bertanggungjawab secara positif dan membina.

Yang terbaik ialah mengikut landasan alquran dan sunah dalam sosialisasi. Dalam hal seks, kerap sangat diungkapkan ‘Islam melarang hal-hal yang mendekati zina’. Menerima dan memahami maksud ‘hal-hal yang mendekati zina’ sepatutnya menjadi teras. Apakah dia? Pakaian tidak menutup aurat, pergaulan bebas, menonton video lucah, membaca cerita lucah adalah antara erti ‘hal-hal yang mendekati zina’.

Hari Yang Membosankan

Hari ni aku dah mula dah masuk makmal komputer, En. A.J bersungguh-sungguh mengajar aku tentang cara-cara nak buat blog ni. aku ni sebenarnya memang la sangat tak menggemari nak menulis blog ni, tp dek kerana buat blog ni adalah tugas wajib bagi subjek SKBL3183, makanya terpaksalah aku menggagahkan jugak menulis blog ni. Bosan seh buat blog ni, sbb aku rasa mcm tak ada kena mengena dengan linguistik. Apa-apapun aku buat jelah. terima kasih la kat "saing-saing" kawe yang tlg aku buat blog ni ok?