Friday 23 October 2009

SEJENAK BERSAMA PENCEMARAN AKHLAQ MAHASISWA- Ustaz Fathul Bari

[Tulisan di bawah dibentangkan oleh Ustaz Fathul Bari ketika beliau menutut di Jordan, dan dibentangkan sekali lagi di UIA Gombak].
Untuk mendownloadnya klik di sini http://www.mediafire.com/?ynjwzy2iiqw


SEJENAK BERSAMA PENCEMARAN AKHLAQ MAHASISWA

Oleh : Abu Islam & Ummu Islam

MUQADDIMAH

Bercakap tentang keperibadian atau akhlaq, maka contoh termulia dan sempurna adalah Rasulullah r. Sebagaimana kata 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha :

( كَانَ خُلُقُهُ القُرْءَان )

Maksudnya : " Akhlaqnya (Rasulullah r) adalah Al-Quran ". [HR Ahmad : no.24645]

23 tahun lamanya Baginda r terdidik dan mendidik para sahabat y dengan kalamullah yang sempurna ini. Jadi tidak mustahil, pengaruh Al-Quran telah mengubah taraf hidup arab dari kekufuran kepada keimanan dan dari kekasaran kepada kelembutan.

Melihat situasi abad ke-20, jauh berbeza. Masyarakat yang kononnya, berbangga dengan kemajuan teknologi, ekonomi, pembangunan dan sebagainya ini, ternyata ketinggalan akhlaqnya. Mereka seolah-olah di zaman arab jahiliyyah yang telah mengenal Islam, tetapi tidak mahu menerimanya. Samalah mereka ini dengan Abu Lahab, Abu Jahal dan sesiapa yang sekongkol dengannya.

Lebih menyedihkan, masalah ini berlaku di kalangan penuntut ilmu, di mana mereka ini merupakan tunas harapan masyarakat. Kerosakan akhlaq berada ditahap kritikal, sukar untuk dibendung melainkan masing-masing saling bekerjasama memurnikannya. Sayangnya ada di antara mereka menyalahkan yang lain. Ini merupakan sikap bodoh sebahagian penuntut ilmu, di mana ia telah membantutkan usaha mulia ini. Usah saling menunding jari : " Kau pengkhususan syariah, aku pengkhususan kedoktoran ", atau " Kau pengkhususan tarbiyyah, aku pengkhususan fiqh ". Apakah di akhirat kelak, manusia dikumpulkan mengikut pengkhususan pengajiannya ? Doktor bersama doktor, Ustaz bersama Ustaz, Jurutera bersama jurutera ? Tentunya tidak ! Ini merupakan tanggungjawab kita bersama ! Tanggungjawab mereka yang bergelar umat Muhammad r ! Mana mungkin kita mengharapkan pertolongan dari Allah, jika kita tidak menunaikan perintahnya, sebagaimana sabda Nabi r :

( احْفَظِ الله، يَحْفَظُك )

Maksudnya : " Peliharalah (perintah serta larangan) Allah, nescaya Allah memelihara kamu ". [HR. At-Tirmidzi : no.2516 ]

Jadi kertas kerja ringkas ini disusun dengan harapan supaya penuntut-penuntut ilmu sedar akan kerosakan akhlaq yang telah mencemari kedaulatan status mereka, serta berganding bahu menyelesaikannya. Di sini penyusun senaraikan beberapa pencemaran akhlaq di kalangan penuntut ilmu yang perlu dibasmi segera. Moga Allah meredhai usaha ini. Amin.

MASALAH

1. Solat
i. Solat berjamaah
a. Meninggal solat berjamaah

Ramai antara kita memandang remeh soal solat berjamaah. Bahkan, ada di antara kita, dengan sikap "kering" atau (lebih popular) "poyo", berlalu di hadapan masjid ketika azan berkumandang ! Tiada lagi keinginan untuk menyahut panggilan bilal : (حَيَّ عَلى الصلاة). Mungkin tidak mendengar azan kerana telinga dihiasi dengan mp3 player atau handphone canggih, mengumandangkan lagu-lagu yang mungkin lebih tinggi ganjaran pahalanya di sisi Allah !!

Lebih memalukan lagi, di antara mereka yang menggunakan tandas masjid dan keluar ketika azan berkumandang. Sedangkan Nabi r memerintah Ibnu Ummi Maktum t yang buta supaya menghadiri masjid, apatah lagi kita yang celik dan memiliki jam tangan canggih serta tepat waktunya seperti Rado, Swatch, Casio dan sebagainya. Bahkan memiliki catatan waktu solat.

Jika ada hal penting yang tidak dapat dielakkan, mungkin boleh dimaafkan, tetapi jika hal ini berlarutan, tiada lagi maaf bagimu.

Inilah sikap yang kita contohi dari kaki lepak di jalan Tunku Abdul Rahman atau Bukit Bintang. Ketika azan, dada-dada dipenuhi asap rokok@syisha, bukan iman ! Ketika azan, jari jemari sibuk dengan sms, bukan zikir menjadi sebutan ! Ketika azan, mata-mata menikmati kecantikan bidadari palsu yang lalu lalang ! Subhanallah, bukan lagi untuk memuji Allah, masyaAllah bukan lagi mengiqrar kekuasaan Allah, sebaliknya lafaz-lafaz mulia ini menjadi adat pertuturan manusia yang menilai peraga pakaian terkini sekitar kawasan universiti.

Beberapa alasan diberi untuk tidak menghadiri solat berjamaah :
- Sunat jer, bukan wajib
- Solat jamaah kat rumah, itukan jamaah namanya
b. Hadir solat berjamaah untuk tujuan lain

Ada di kalangan kita juga, sentiasa menghadiri solat jamaah. Satu sikap yang perlu dicontohi. Tetapi, sayangnya, terdapat antara mereka, yang hadir ke masjid dengan tujuan mencari-cari siapa yang tidak hadir, kemudian saling mengenyangkan perut dengan daging saudaranya. Sikap sebegini bukan sahaja berdosa, bahkan boleh menimbulkan permusuhan sesama sendiri. Ingat pesanan Nabi r :

( إِنْ اتَّبَعْتَ عَوْرَاتِ النَّاسِ أَفْسَدْتَهُمْ أَوْ كِدْتَ أَنْ تُفْسِدَهُمْ )

Maksudnya : " Sekiranya kamu mencari-cari kesalahan (kelemahan) manusia, nescaya kamu akan merosakkan mereka, atau kamu hampir menyebabkan kerosakan mereka ". [HR Abu Daud : no.4888]

Tetapi jika, mencari sesiapa yang tidak hadir untuk dinasihati, maka perbuatan sedemikian amat dituntut oleh syara'.

ii. Meninggalkan solat

Satu masalah yang amat ditakuti. Tidak hairanlah, jika ini dilakukan oleh penjenayah-penjenayah, tetapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ianya dilakukan oleh penuntut ilmu ! Solat berjamaah sama sekali tidak pernah hadir, disusuli pula dengan sikap meningalkan solat yang merupakan ciri-ciri golongan yang dikafirkan oleh Nabi r iaitu meninggalkan solat !! Takutlah kamu kepada sabda Nabi r :

(الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلَاةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ )

Maksudnya : " Petunjuk yang membezakan antara kita dan mereka (orang kafir) adalah solat, barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia kafir ". [HR At-Tirmidzi : no.2621]

Mungkin boleh dimaafkan, jika jam loceng berbunyi tanpa disedari. Tetapi jika jam dikunci pada pukul 7 pagi, adakah alasan tidak bangun solat subuh diterima ? Sikap sengaja, jelas menunjukkan bahawa kita memandang remeh soal solat ! Ini solat ! Bukan biskut chips more, kejap ada, kejap tak dak ! Perkara yang membezakan antara kekufuran dan keimanan pun telah di pandang remeh, apatah lagi perkara yang hanya membabitkan kesemurnaan amalan. Sudah tentu ditinggalkan. Maka bagaimana keruntuhan moral dapat diselesaikan, jika masalah solat belum disempurnakan ?

2. Pergaulan

Masalah :

i. Adab bercakap

a. Kekasaran berbicara

Terkadang, lidah manusia tidak terjaga, menyebabkan terlepasnya perkataan-perkataan yang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang penuntut ilmu. Kerana itu, petunjuk Nabi r telah menjelaskan :

(مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ )

Maksudnya : " Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau berdiam ". [HR Al-Bukhari : no.5672]

Perhatikan sabda Nabi r di atas, Baginda r menyandarkan kata-kata yang mulia dan berdiam diri itu kepada iman. Maka, jika tidak memiliki perkataan yang mulia, usahlah berkata-kata. Hiasilah lidah kita dengan zikrullah yang menjanjikan ganjaran pasti.

Kadang-kadang perkataan yang tidak baik, disusuli dengan kekasaran di mana, secara sedar atau tidak boleh mengguris hati dan perasaan saudara kita. Jika dengan kekasih hati, kita gunakan perkataan yang paaaaling lembut untuk men"cair"kannya (walau ditegah syara'), maka perbaikilah nada suara serta perkataan yang diguna ketika bermuamalah dengan sahabat kita, kerana itulah tuntutan agama. Sebagaimana sabda Nabi r :

( الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ )

Maksudnya : " Orang islam itu adalah sesiapa yang menyelamatkan orang islam yang lain dari lidahnya dan tangannya ". [HR Al-Bukhari : no.10]

b. Pemarah

Ada sebahagian dari penuntut memiliki sikap panas baran. Sukar untuk diperbetulkan kesalahannya. Ketika marah menguasai diri, ingatlah wasiat Rasul junjungan kepada seorang sahabat yang meminta nasihat Baginda r :

( لَا تَغْضَبْ )

Maksudnya : " Janganlah kamu marah ". [HR Al-Bukhari : no.5765].

Perlu diingatkan, terkadang, sebagai seorang sahabat yang menyanyangi saudaranya kerana Allah, perlu berkorban. Cubalah memahami sikap saudaranya yang pemarah. Elakkan gurauan yang mencetuskan pergaduhan. Sikap mengalah tiada ruginya, bahkan itu bukti kekuatan orang beriman, sebagaimana sabda Nabi r :

( لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ )

Maksudnya : " Tidaklah kekuatan itu terletak pada pergaduhan, sebaliknya kekuatan itu terletak pada sesiapa yang dapat menahan dirinya di saat marah ". [HR Al-Bukhari : no.5763].

c. Mengumpat

Masalah ini sering berlaku jika masa tidak diisi dengan sebaiknya. Budaya lepak merupakan pendorong utama jenayah mengumpat. Berhidangkan secawan teh dan beberapa keping biskut kering, sudah memberi kekuatan fizikal dan mental untuk menambah baik umpatan. Benarlah firman Allah :

﴿ ÎŽóÇyèø9$#ur ÇÊÈ ¨bÎ) z`»|¡SM}$# ’Å"s9 AŽô£äz ÇËÈ ﴾

Maksudnya : " Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian.." [Al-'Asr : 1]

Amat menghairankan, sikap mengumpat ini menjadi hobi sebahagian penuntut ilmu, hinggakan mereka sanggup bermusafir dari rumah ke rumah demi menyebarkan cerita menarik yang menjadi sambutan hangat si pendengar. Si pendengar samada sedar atau tidak, bertawa ceria dengan cerita pengumpat. Seolah-olah redha dengan dosa yang dijanjikan. Adakah kalian lupa dengan firman Allah :

﴿ Ÿwur =tGøótƒ Nä3àÒ÷è­/ $³Ò÷èt/ 4 �=Ïtä†r& óOà2߉tnr& br& Ÿ@à2ù'tƒ zNóss9 ÏmŠÅzr& $\GøŠtB çnqßJçF÷dÌ�s3sù 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ﴾

Maksudnya : " … janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah … ". [Al-Hujurat : 12].

ii. Batas perhubungan 2 jantina

a. Menahan pandangan

Pandangan merupakan antara punca utama maksiat. Oleh itu, Allah telah melarang secara jelas melalui firman-Nya :

﴿ @è% šúüÏZÏB÷sßJù=Ïj9 (#q‘Òäótƒ ô`ÏB ôMÏdÌ�»|Áö/r& (#qÝàxÿøts†ur óOßgy_rã�èù ﴾

Maksudnya : " Dan katakanlah kepada orang-orang mukmin itu, supaya mereka menjaga mata-mata mereka, dan menjaga kemaluan mereka ". [An-nur : 30]

﴿ @è%ur ÏM»uZÏB÷sßJù=Ïj9 z`ôÒàÒøótƒ ô`ÏB £`ÏdÌ�»|Áö/r& z`ôàxÿøts†ur £`ßgy_rã�èù ﴾

Maksudnya : " Dan katakanlah kepada orang-orang mukminah itu, supaya mereka menjaga mata-mata mereka, dan menjaga kemaluan mereka ". [An-Nur : 31]

Perhatikan firman di atas. Allah mendahulukan perintah supaya menjaga mata, disusuli dengan penjagaan kemaluan ; ini kerana, dengan menjaga mata, kemaluan akan terjaga.[1]

Dan didahulukan lelaki sebagai menyekat jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina kerana kebiasaannya mereka yang memulakan peranan dalam jenayah mata ini.

Menahan pandangan yang dimaksudkan di dalam Islam adalah melarikan pandangan ketika bertembung dengan perkara-perkara yang dilarang melihatnya.

Tiada lagi fungsi menahan pandangan, jika pasangan bukan mahram duduk bersebelahan atau berhadapan, kerana tujuan penjagaan mata adalah demi menyekat jalan kemungkaran. Tetapi sekiranya, kita telah berada di dalam kemungkaran, apa guna lagi menyekat jalan-jalannya ??

Islam mengecualikan pandangan secara tidak sengaja, sebagaimana soalan Jarir kepada Nabi r tentang pandangan secara mengejut, Baginda r menjawab :

( اصْرِفْ بَصَرَك )

Maksudnya : " Larikanlah pandanganmu ". [HR Abu Daud : no.2148]

Adapun melihat seseorang wanita tanpa hajat atau keperluan, adalah dilarang di sisi syara'. Kerana itu, Nabi r memerintah 'Aisyah dan Maimunah Radhiyallahu 'Anhuma berselindung di sebalik hijab ketika Ibnu Ummi Maktum t yang buta matanya menziarahi Baginda r. Kedua-duanya berkata : Dia seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami. Nabi r bersabda :

( أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا ؟ أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ )

Maksudnya : " Adakah kedua kamu buta ? Ada kedua kamu tidak boleh melihat dia (Ibnu Ummi Maktum) ?. [HR Muslim : no.1480]

b. Larangan tabarruj[2]

Apabila kita diperintah oleh Islam supaya menjaga pandangan, maka secara automatiknya, kita ditegah melakukan perkara-perkara yang menarik pandangan mata manusia, seperti bertabarruj yang merupakan masalah khusus bagi wanita. Firman Allah :

﴿ tbö�s%ur ’Îû £`ä3Ï?qã‹ç/ Ÿwur šÆô_§Žy9s? yl•Žy9s? Ïp¨ŠÎ=Îg»yfø9$# 4’n

Maksudnya : " Dan tetaplah kamu (isteri-isteri Nabi r) di rumah-rumah kamu, dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang jahilyyah yang dulu ". [Al-Ahzab : 33].

Larangan tabarruj juga merangkumi perkara-perkara berikut :

* Tidak menutup aurat :

- Pakaian nipis

- Ketat ; hingga menggambarkan bentuk tubuhnya

* Pakaian yang berfungsi sebagai perhiasan
* Memakai perhiasan yang menarik pandangan
* Memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh selain mahramnya
* Menyerupai pakaian wanita kafir
* Menyerupai pakaian lelaki
* Libas Syuhrah (Pakaian untuk mencari populariti)
* Make up

Wanita kini, memandang enteng persoalan tabarruj. Beberapa alasan yang diberi demi mengecualikan diri dari larangan tabarruj :

- Niat kami bukan untuk tunjuk-tunjuk

Bantahan : Usahlah membezakan antara niat dan amal, kerana keduanya seiring. Sebagaimana sabda Nabi :

( إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ )

Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada gambaranmu (penampilan) serta harta bendamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu ". [HR Muslim : no.2564]

- Allah suka pada kecantikan

Bantahan : Ya memang benar Allah suka pada kecantikan, tetapi kecantikan yang bagaimana ? Bukan kecantikan yang kita andaikan ! Sebaliknya kecantikan tersebut menepati ciri-ciri yang dituntut syara' walau di mata jahil manusia, ianya tidak cantik.

- Apa salahnya kami berhias, memang fitrah wanita itu suka pada perhiasan

Bantahan : Memang benar wanita suka pada perhiasan, tapi fitrah bagi wanita mukmin, berbeza dengan fitrah wanita fasiq. Wanita mukmin berhias untuk suaminya, adapun wanita fasiq berhias untuk manusia sekelilingnya.

- Takkan kami nak pakai jubah hitam atau kelabu asap aje !

Bantahan : Islam sama sekali tidak melarang pakaian yang berwarna bagi wanita, seperti merah, kuning dan lain-lain. Cuma larangan tersebut dikhususkan pada warna-warna yang menjolok pandangan, seperti merah terang, kuning yang berkilauan disertai bunga raya, kertas, matahari, serta manik-manik keemasan menghiasi potongan baju. Jadi, terpulang kepada kita untuk memilih warna yang diminati asalkan, ianya tidak menjadi perhiasan yang menjolok mata.

- Minyak wangi mesti pakai, kalau tidak mesti berbau badan !


Bantahan : Ya, Islam tidak melarang wanita memakai wangian, tetapi Islam meletakkan panduan untuk berwangian :

1. Tiada baunya (sekadar menghilangkan bau badan)

Sabda Nabi r :

( طِيبُ الرِّجَالِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَطِيبُ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ )

Maksudnya : " Wangian lelaki adalah apa yang zahir baunya dan tersembunyi warnanya, dan wangian wanita itu adalah apa yang zahir warnanya dan tersembunyi baunya.". [HR An-Nasai'e : no.5117]

2. Tidak boleh dihidu selain dari mahramnya

Sabda Nabi r :

( أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ )

Maksudnya : "Mana-mana wanita yang memakai wangian kemudian dia lalu di tengah kaum lelaki (yang bukan mahramnya) supaya mereka mendapat baunya, maka dia adalah penzina". [HR An-Nasaie : no.5126]

c. Larangan Ikhtilath (Percampuran)

Ikhtilath merupakan fenomena yang paling sukar untuk dibendung. Penyusun tertarik untuk menyenaraikan beberapa gambaran ikhtilath yang popular dikalangan penuntut ilmu :

* Bermesyuarat (tanpa hijab)


* Study group
* Tidak menjaga nada suara ketika bercakap
* Bercakap perkara-perkara yang tidak perlu
* Sms
* Telefon (bergayut)
* E-Mail atau Yahoo Messenger atau blog
* " Dating " dengan hujjah nak temankan wanita tersebut, kerana tiada lagi sesiapa yang dapat menemaninya melainkan diriku…
* Wanita bermusafir tanpa mahram
* Saling jemput-menjemput sempena majlis-majlis tertentu

Perkara-perkara di atas merupakan sebahagian dari fenomena ikhtilath yang dianggap biasa oleh sebahagian penuntut ilmu. Kita lihat hujjah-hujjah mereka :

· Bermesyuarat (tanpa hijab)

Hujjah :

- Kita kena "oppen" sikit, nanti kita kena berhadapan dengan situasi sebegini di Malaysia. Jadi, kita kena praktikkannya di sini.

- Kan kita dah gahddhul bashor, nak buat apa lagi pasang hijab.

Bantahan :

- Takutlah kamu kepada Allah. Di sini kita berpeluang mengamalkan perintah Allah, tetapi kita abaikan. Ingatlah firman Allah :

﴿ Ÿwur ß#ø)s? $tB }§øŠs9 y7s9 ¾ÏmÎ/ íOù=Ïæ 4 ¨bÎ) yìôJ¡¡9$# uŽ|Çt7ø9$#ur yŠ#xsàÿø9$#ur ‘@ä. y7Í´¯»s9'ré& tb%x. çm÷Ytã Zwqä«ó¡tB ÇÌÏÈ ﴾

Maksudnya : " Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya ". [Al-Isra' : 36]

- Islam sentiasa menyekat jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan, seperti larangan mendekati zina. Iaitu perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Atas dasar ini, lahirlah kaedah yang dinamakan Saddu Adz-Dzari'ah. Maka meletakkan hijab dapat membantu kita mempraktikkan perintah ghaddhul bashor. Inilah maqasid yang tersirat di sebalik perintah hijab.

· Study group

Hujjah :

- Niat kita nak menuntut ilmu, bukan nak berkasih

Bantahan :

- Kita tidak bercakap soal berkasih, sebaliknya kita bercakap soal ikhtilath, percampuran terlarang. Jika saling bersenda gurau, berdua-duaan, mengilai dan lain-lain lagi, maka tiada lagi istilah menuntut ilmu. Menuntut ilmu ada batasannya, bukan ikut suka hati. Harapkan keberkatan, tetapi kemurkaan yang diterima.

- Usah bezakan amalan dan niat.

· Tidak menjaga nada suara ketika bercakap

Berlaku secara berhadapan atau melalui telefon, wanita yang bercakap menggunakan suara yang penuh manja, sambil menggoyang-goyangkan badan ke kiri dan kanan. Sesekali senyuman manis dan jelingan dilemparkan. Ayu kononnya. Manakala si lelaki, yang kononnya ghaddhul bashor, meng"control" ke"macho"annya. Berdiri sambil memperbetulkan rambutnya ibarat iklan shampoo.

Juga masalah yang amat meruncingkan, sikap sebahagian mahasiswi yang ke kedai atau restoran atau menemui pensyarahnya. Mereka berkomunikasi dengan pelayan-pelayan penuh manja, " berapa ni, abeeee". Mereka bermanja-manja juga dengan pensyarah yang berlainan jantina. Kerana inginkan harga yang murah atau takut markah peperiksaan rendah, kita telah menyalahgunakan anugerah suara yang telah dikurniakan oleh Allah. Tetapi, yang peliknya, sebahagian dari mereka, apabila berbicara dengan pelajar lelaki yang lain, suaranya dijaga, adabnya dipelihara ! Apakah yang membezakan antara pelajar, pelayan dan pensyarah ? Bukankah kesemuanya bukan mahram kita ? Jadi, tiada beza dalam pergaulan dengan mereka !!.

Hujjah :

- Kita kena berlembut ketika cakap samada dengan lelaki atau perempuan

Bantahan :

- Firman Allah :

﴿ ÈbÎ) ¨ûäøø‹s)¨?$# Ÿxsù z`÷èŸÒøƒrB ÉAöqs)ø9$$Î/ yìyJôÜuŠsù “Ï%©!$# ’Îû ¾ÏmÎ7ù=s% ÖÚt�tB z`ù=è%ur Zwöqs% $]ùrã�÷è¨B ÇÌËÈ ﴾

Maksudnya : " … jika kamu (wahai isteri-isteri Nabi) bertakwa. Maka janganlah kamu berlembut-lembut dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik ". [Al-Ahzab : 32].

· Bercakap perkara-perkara yang tidak perlu

Seperti soalan-soalan : "Makan lauk apa hari ni ?", "Mandi tak lagi ?". "Tolong kejutkan subuh ye".

Hujjah :

- Nak ambil berat

Bantahan :

- Kalau nak ambil berat, baik kahwin je.

- Setakat nak kejutkan untuk solat, kawan-kawan boleh tolong kejutkan, lebih praktikal.

· Telefon, Sms, Yahoo Mesenger

Bergayut merupakan amalan rutin pasangan bercinta. Berjam-jam lamanya sanggup menghabiskan masa untuk kekasih, tetapi untuk Allah, solat witir pun tidak pernah dikerjakan. Entah apa yang dibincangkan ?.

Hujjah :


- Kami dah nak bertunang

- Kami memang nak kahwin

- Nak dapatkan ketenangan

- Nak dapatkan semangat untuk study

- Murah jer tipon sekarang nie, celcom & maxis beri tawaran menarik, satu sen seminit ! Sejam baru 60 sen (contoh). Kan murah tu..

- Telefon lebih baik dari berjumpa. Sebab mata kita terjaga. Ghoddhol bashor (konon).

- Sms ucap selamat malam jer. Takkan tak boleh ?

Bantahan :

- Kalau dah bertunang pun, syara' tidak membenarkannya. Adakah bertunang menghalalkan segalanya ?

- Perkahwinan takkan bahagia dengan jambatan maksiat. Lihatlah, perkahwinan artis terkemuka tanah air yang berkesudahan dengan perpisahan ! Istana yang dibina tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, ternyata tiada keberkatannya, melainkan bagi hamba-hamba-Nya yang bertaubat.

- Bacalah Al-quran, basahilah lisanmu dengan zikrullah, itulah ketenangan hakiki.

- Semangat ker ? Atau syahwat ? Kata Ibnu Al-Qayyim (w.751H) : Fitnah itu ada 2 :

1. Fitnah shubuhat : Diperangi dengan keyakinan

2. Fitnah syahwat : Diperangi dengan kesabaran[3]


- Membazir adalah saudara syaitan. Jika 60 sen digunakan untuk perniagaan akhirat, balasannya sudah tentu berlipat kali ganda. Tetapi jika ia digunakan di jalan kemungkaran, maka takutilah janji buruk Allah !.

- Sama seperti orang buta yang berdating. Tak mengapa, sebab tak nampak. Ingat, larangan islam meliputi buta atau celik, tiada yang membezakan antara keduanya, selagimana peraturan Allah tidak diikuti.

- Smslah kepada ibu bapa anda, lebih afdhol, dan ganjarannya pasti.

· Dating

Istilah barat yang dipopularkan oleh "mat-mat motor" malaya. Kerana meletakkan tarikh atau masa-masa tertentu untuk mengadakan pertemuan. Bukan setakat dating, bahkan disusuli dengan berpegang tangan, mungkin takut kekasihnya di ambil orang.

Sebaliknya, jika kita menuruti kehendak Islam, maka kita pasti menemui cinta sejati yang lahir tanpa cacat cela.

Hujjah :

- Sekali-sekala jer berjumpa, bukan selalu

- Nak teman dia ke Kuala Lumpur jap. Tak de orang nak teman.

Bantahan :

- Sekali-sekala dapat dosa, bukan selalu. Seksaan akhirat juga bukan selalu kena. Takutilah seksaan akhirat yang amat dasyat.

- Ramai lagi kawan dia boleh temankan. Kalau tiada sesiapa nak teman, jangan pergi. Jika darurat, ajak pergi secara berkumpulan untuk elak fitnah. Kita melenting apabila difitnah, tetapi, kita sendiri yang melakukan perkara-perkara yang membawa kepada fitnah. Perhatikan.

- Berpegangan tangan selain mahram dengan sengaja, tiada lagi perselisihan di kalangan ulama sunnah tentang hukumnya. Haram !

· Wanita bermusafir tanpa mahram

Satu lagi masalah wanita yang kita dapati amat sukar dibendung. Bermusafir ke negara atau negeri jiran dengan tujuan " shopping " dan makan angin.

Hujjah :

- Takkan nak berjalan-jalan pun tak boleh ?

- Lagipun Indon @ Thailand dekat jer, rugi kalau tak pergi. Nanti susah dah nak datang.

- Kita pergi secara beramai-ramai dengan mushrif (Ketu Rombongan lelaki).

Bantahan :

- Islam tidak melarang umatnya berjalan-jalan, tetapi Islam meletakkan garis panduan demi menjaga kemaslahatan umatnya. Ya, kita tidak sedari, betapa Islam memelihara umatnya, kerana perkara yang tidak diingini jarang berlaku kepada kita. Cuba bayangkan -na'uzubillah-, jika sesuatu berlaku dalam safar tanpa mahram, maka sudah tentu kita terpaksa berhubung dengan lelaki ajnabi, yang belum tentu dikenali baik buruknya.

- Memang Syria dekat, tapi kemurkaan Allah dan Rasul lebih dekat. Bagaimana dengan larangan umum Nabi r :

( لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ )

Maksudnya : " Janganlah wanita itu bermusafir tanpa mahram ". [HR Al-Bukhari : no.1763]

- Perkataan mushrif telah disalahertikan oleh sebahagian besar penuntut ilmu. Ianya digunakan demi menyokong pandangan mereka. Mushrif sebenarnya digunakan dalam keadaan-keadaan darurat. Seperti wanita yang ingin keluar malam kerana kes-kes yang tidak dapat dielakkan. Maka mushrif berfungsi sebagai peneman. Tetapi, pada masa yang sama wanita tersebut hendaklah ditemani juga dengan beberapa temannya yang lain.

- Ingatlah, kaedah telah menetapkan : ( الضرورة تقدر بقدرها ) , darurat itu dilaksanakan dengan kadarnya sahaja. Maka, kedatangan wanita ke sini untuk tujuan pengajian boleh dikategorikan dalam perkara darurat. Tetapi lawatan-lawatan tidak rasmi ke tempat yang dikategorikan sebagai jauh dan sebagainya tidak lagi boleh dikira sebagai darurat.

- Lihatlah pandangan sarjana Islam tentang safar mar'ah (musafirnya wanita). Tiada pendapat yang membolehkan musafirnya wanita tanpa mahram secara mutlak, melainkan pendapat yang syaz. Sebaliknya, para ilmuan yang membolehkan seperti Al-Qaradhawi, meletakkan syarat-syarat tertentu, seperti hendaklah safar itu untuk tujuan menuntut ilmu, bukan dengan tujuan makan angin.

- Sebahagian masyaikh di University Yarmouk Jordan, anataranya Dr. Musthafa Al-Bugho, Dr.Abdul Jalil Dhomrah, Dr.Yusuf Az-Zuyout dan lain-lain, memberikan pandangan bahawa haram wanita bermusafir tanpa mahram walaupun untuk ke Jordan untuk menuntut ilmu. Perhatikan. Bukan kerana sikap ta'assub, tetapi langkah bejaga-jaga diutamakan.

· Saling jemput-menjemput sempena majlis-majlis tertentu

Ini juga merupakan masalah sebahagian penuntut ilmu. Majlis yang diadakan tidak bertabir. Bergurau senda lelaki dan wanita.

Hujjah :

- Sekali sekala jer, bukan selalu.

- Kalau tak dijemput, terasa pulak.

- Memberi makan kepada orang dapat pahala.

Bantahan :

- Soal sekali sekala tidak timbul lagi

- Apakah yang perlu diutamakan ; kemurkaan Allah atau perasaan nafsu manusia ?

- Memberi makan kepada orang, memang dapat pahala, tapi adab-adabnya mana ?

RESOLUSI DAN LANGKAH PENYELESAIAN

1. Masalah yang berkaitan dengan solat

- Kempen solat dan solat berjamaah

- Nyatakan At-Targhib Wa At-Tarhib tentang solat

- Jangan pandang remeh masalah solat

2. Masalah yang berkaitan dengan pergaulan

- Kempen basmi ikhtilath

- Mengelakkan program-program yang membawa kepada ikhtilath

- Biasakan penggunaan tabir/hijab

- Kawal nada suara dan adab ketika berhubung

- Tatacara berpakaian perlu diambil perhatian

- Kempen larangan wanita bermusafir tanpa mahram

- Kawal pergaulan

3. Langkah penyelesaian umum

- Menyeru para penuntut ilmu supaya kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah

- Saling menasihati dengan ilmiah dan hikmah

- Ikhlas dalam menasihati

- Banyakkan program-program ilmiah dan bermanfaat

- Menyeru para pelajar kepada ilmu serta menanamkan minat mereka terhadap ilmu

- Menghadiri kelas-kelas pengajian ilmiah di luar University.

PENUTUP

Demikianlah senarai beberapa masalah pencemaran akhlaq di kalangan penuntut ilmu. Walaupun ianya nampak remeh, tetapi kesan buruknya amat ketara, khususnya terhadap syakhsiah serta status seorang penuntut ilmu.

Inilah masanya, untuk kita buktikan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Hadirkan di hati-hati kalian perasaan benci kepada maksiat, jika tidak mampu melarangnya. Usah menjadi seperti tunggul kayu yang tiada fungsinya. Perhatikan sabda Nabi r :

( مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا، فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَ ذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ )

Maksudnya : " Jika salah seorang dari kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu, dengan lidahnya (menegur), jika tidak mampu dengan hatinya (mengingkari), itulah selemah-lemah iman ". [HR Muslim : no.49]

Hadith di atas menunjukkan bahawa ciri-ciri orang yang beriman adalah benci kepada kemungkaran dan cuba menghalangnya. Tetapi, perlu diingatkan bahawa, berhikmah dalam menasihat atau menegur merupakan faktor terpenting demi memastikan matlamat pemurnian tercapai.

Perkara di atas adalah bagi sesiapa yang melihat kemungkaran. Adapun bagi si pelaku kemungkaran, takutlah kalian pada Allah dan balasan-Nya. Kita tidak pernah melihat apa yang telah dilihat oleh Rasulullah r, sebagaimana sabda Baginda r kepada para sahabat :

( وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَوْ رَأَيْتُمْ مَا رَأَيْتُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا ! قَالُوا : وَمَا رَأَيْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : رَأَيْتُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ )

Maksudnya : " Dan demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya, sekiranya kamu telah melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan menangis banyak. Mereka (para sahabat) bertanya : Apakah yang telah engkau lihat wahai Rasulullah ? Baginda r bersabda : Syurga dan neraka ". [HR Muslim : no.426].

Cubalah sedaya supaya meninggalkan segala larangan Allah dan berusahalah menuruti segala perintah-Nya.

Kesimpulannya, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membasmi pencemaran ini. Usah bertungkus-lumus mengadakan pelbagai kempen, jika diri sendiri tiada kehendak untuk berubah. Hayatilah firman Allah :

﴿ žcÎ) ©!$# Ÿw çŽÉi�tóム$tB BQöqs)Î/ 4Ó®Lym (#rçŽÉi�tóム$tB öNÍkŦàÿRr'Î/ 3 !#sŒÎ)ur yŠ#u‘r& ª!$# 5Qöqs)Î/ #[äþqß™ Ÿxsù ¨Št�tB ¼çms9 4 $tBur Oßgs9 `ÏiB ¾ÏmÏRrߊ `ÏB @A#ur ÇÊÊÈ ﴾

Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia ". [Ar-Ra'd : 11].

[1] Lihat : Dzamm Al-Hawa, oleh Ibnu Al-Jauzi, ms.73.

[2] Ialah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup, kerana dapat membangkitkan syahwat lelaki. Lihat : Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah, oleh, Syeikh Naashir, ms.120.

[3] Lihat : Ighatsatu Al-Lahfan Fi Mashooyidi Ash-syaithoon, oleh Ibnu al-Qayyim (w.751H), (2/889-890).

p/s: Diambil dari blog http://lobaitampin.blogspot.com/

No comments: